Tuesday, October 25, 2011

APA ITU MUZIK......???


Muzik merupakan bunyi- bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri.Penghasilan muzik berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Bunyian ini diterima secara berbeza oleh seseorang individu dan  bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Takrif sebenar muzik juga berbeza. Sesetengah orang menganggap muzik tidak wujud sama sekali. Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, penciptaan, perbaikan dan persembahannya adalah suatu seni. Sedangkan mendengar muzik adalah sejenis hiburan, mempelajari dan memahaminya adalah sejenis disiplin. 

  Konsep muzik merangkumi 

  • IRAMA


  • MELODI


  • WARNA TON


  • TEKSTUR


  • BENTUK


  • HARMONI


  • EKSPRESI



  • Bunyi yang tidak tersusun dan tidak mengikut konsep muzik disebut sebagai “ BUNYI BISING “

    CIKGU DAN MURID

    Assalamualaikum...

    Cikgu : Rindu?
    Rindu : Hadir cikgu.
    Cikgu : Benci?
    Benci : Saya cikgu.
    Cikgu : Kasih? 
     Benci : Tak hadir.
    Cikgu : Sayang?
    Rindu : Sakit cikgu.
    Cikgu : Cinta? Cinta kemana?
    Benci dan rindu : Cinta pulang cikgu.
    Cikgu : Kenapa?
    Serentak Rindu dan Benci menjawab : Kerana Cinta tak kan hadir tanpa Kasih dan Sayang ♥