KONSEP MUZIK

Konsep Muzik

Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membaw a kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik. Terdapat 7 konsep muzik yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar menjelang tamatnya pesekolahan mereka di sekolah rendah.Konsep seperti berikut :
  1. Melodi
  2. Irama
  3. Warna Ton
  4. Jalinan atau Tekstur
  5. Harmoni
  6. Ekspresi
  7. Bentuk
1. Melodi

Melodi ialah rangkaian turun naik bunyi yang boleh disiulkan, dimainkan dan dinyanyikan seperti
  • Pic tinggi
DO, RE, MI, FA, SO, LA, TI, DO
  • Pic rendah
DO, TI, LA, SO, FA, MI, RE,DO


2. Irama
Irama terbentuk dari sesuatu susunan bunyi yang merangkumi faktor detik, meter, tekanan, nilai, corak irama, tempo dan rentak.

3. Warna Ton
Warna Ton ialah keaslian sesuatu bunyi yang terhasil melalui pelbagai cara seperti bunyi manusia, alam, persekitaran dan binatang.

4. Jalinan atau Tekstur
Jalinan ditentukan oleh pelbagai gabungan bunyi yang dihasilkan.

5. Harmoni

•  2 atau lebih  pic dibunyikan serentak secara menegak
   2 atau lebih  melodi dibunyikan serentak secara menegak
 
 6. Ekspresi
Perasaan dan idea yang ditonjolkan oleh seseorang mengenai karya muzik sepert perasaan takut, riang, sedih, gembira, bersemangat, tenang dan sebagainya.

7. Bentuk
Bentuk ialah ssatu susunan idea atau corak melodi karya yang mempunyai ciri - ciri khusus. bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik yang terdiri daripada motif, frasa dan seksyen. segmen - segmen muzik ini dipelbagaikan dan diulang untuk membentuk sebuah karya. bentuk - bentuk seperti A B ( Binari ) dan bentuk Teneri ( ABA).