ALAT PERKUSI

Alat perkusi merupakan alatan muzik yang menghasilkan bunyi. Alat perkusi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
  1. ALAT PERKUSI BERPIC
  2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC
1. ALAT PERKUSI BERPIC

Alat perkusi berpic ialah alat perkusi yang boleh memainkan melodi sesebuah lagu.

Contoh alat perkusi

GLOKENSPIAL



XYLOPHONE

2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC


Alat perkusi tidak berpic pula ialah alat perkusi yang menghasilkan bunyi satu ton sahaja.
contoh alat perkusi






CARA - CARA MEMAINKAN BEBERAPA ALAT PERKUSI

Kerincing
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

  1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
  2. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.





Kastenet
Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

Cara memegang dan memainkan kastanet :
Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri @ kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.



Tamborin
Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
  1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
  2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.





Loceng
Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

Cara memegang dan memainkan loceng :
  1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
  2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.




Tik Tok
Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.

Cara memegang dan memainkan tik-tok
  1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
  2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.